Tokoh-Tokoh Usahawan Yang Berjaya Di Malaysia
- Tan Sri Mokhzani Mahathir. Setiap usahawan yang ingin berjaya dalam sesuatu yang akan diusahakannya haruslah memiliki beberapa ciri yang akan membantu mereka mencapai matlamat yang diimpikan.Setiap usahawan atau ahli perniagaan hanya mengimpikan kejayaan yang berterusaan di samping memperoleh pendapatan daripada apa yang diusahakan.Terdapat banyak ciri dan sifat positif yang membantu usahawan sepanjang mereka membina karier mereka.Bagi individu yang memasang impian untuk bergelar status usahawan berjaya tetapi masih belum bersedia dan belum melengkapkan diri dengan sifat-sifat seorang usahawan bakal menemui kegagalan dalam penceritaan usaha mereka.Untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya tidaklah susah tetapi jika mereka mengambil mudah mengenai disiplin mereka maka mereka akan susah untuk mengecapi kejayaan seperti usahawan-usahawan lain.
Salah satu sifat yang harus dimiliki oleh seorang individu yang bergelar usahawan ialah sikap ingin tahu dan ambil tahu. Rasa ingin tahu adalah sifat naluriah yang dimiliki manusia sejak lahir. Rasa ingin tahu juga merupakan salah satu mekanisme pertahanan hidup manusia. Dari rasa ini manusia memiliki kencenderungan untuk mengetahui hal yang belum diketahui sebelumnya.Tokoh usahawan yang menunjukkan sifat ingin tahu yang amat mendalam ialah Tan Sri Mokhzani Mahathir. Tan Sri Mokhzani Mahathir , yang berusia 52 tahun warganegara Malaysia, telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah SapuraKencana Petroleum pada 9 Disember 2011 sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas dan Naib Pengerusi. Beliau juga adalah ahli Jawatankuasa Imbuhan SapuraKencana Petroleum.
Tan Sri Mokhzani sudah mula menunjukkan minat terhadap bidang petroleum ini sejak dari kecil lagi.Semangat dan minat terhadap sektor ini ditunjukkan apabila beliau menyambung pembelajarannya dan berjaya menamatkan ijazahnya dalam Bachelor of Science in Petroleum Engineering di University of Tulsa, Oklahoma, U.S.A. Jadi melalui latar belakang pendidikan yang dimiliki oleh tokoh usahawan ini, sudah jelas menunjukkan bahawa beliau mahir dan memiliki minat yang mendalam dalam bidang petroleum.Rasa ingin tahu terhadap alam petroleum ini menggerakkan tokoh ini suatu masa dahulu untuk mendapat pendidikan dalam bidang yang diminatinya itu.Tambahan pula Tan Sri Mokhzani mendapat sokongan penuh oleh seluruh ahli keluarganya.
Setelah Berjaya menamatkan pendidikannya,Tan Sri Mokhzani memulakan kariernya dalam bidang petroleum.Pengalaman yang diperoleh sepanjang kariernya dalam bidang petroleum ini memotivasikannya untuk menubuhkan sebuah syarikat dan bekerja sendiri.Sifat keusahawanan yang tertanam dalam diri beliau tertonjol apabila beliau menubuhkan sebuah syarikat pelaburan bernama Kencana Capital Sdn Bhd yang berniaga dalam bidang Oil and Gas service provider,IT,automotif dan hartanah.Syarikatnya bertambah maju dan sifat ingin tahu dalam dirinya membuatkan beliau merasakan beliau perlu membuatkan penyilidikan yang lebih jauh untuk mengembangkan perniagaan yang telah dipeloporinya.Beberapa langkah telah diambil beliau dalam memenuhi rasa ingin tahunya itu.Beliau bnyak belajar dari syarikat yang berada dalam aliran yang sama dengannya.
Tan Sri Mokhzani telah menemui beberapa tokoh yang terkenal salah seorang darinya ialah bapanya sendiri iaitu mantan Perdana Menteri Malaysia,Tun Dr Mahathir Mohamad bagi mendapatkan beberapa info dan mengetahui apa langkah yang terbaik yang harus diambil beliau dalam mengecapi apa yang diimpikannya.Setelah selesai penyelidikannya,Tan Sri Mokhzani memutuskan syarikat miliknya Kencana Petroleum harus membuat pergabungan dengan syarikat lain demi mematangkan perniagaannya.Beliau memutuskan untuk bergabung dengan syarikat SapuraCrest pada tahun 2012 dan menghasilkan SapuraKencana iaitu sebuah syarikat Oil and Gas Service Provider terbesar di Malaysia.
Komitmen yang diberikan oleh Tan Sri Mokhzani dalam perniagaan ini lama kelamaan telah menaikkan statusnya dalam perkongsian ini.Beliau telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah SapuraKencana Petroleum pada sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas dan Naib Pengerusi. Beliau juga telah dilantik menjadi ahli Jawatankuasa Imbuhan SapuraKencana Petroleum. Beliau juga berkhidmat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pilihan dan ahli Jawatankuasa Imbuhan Kencana Petroleum.Tan Sri Mokhzani memulakan kerjayanya pada tahun 1987 sebagai jurutera operasi wellsite dengan Sarawak Shell Berhad , bekerja luar pesisir Sarawak pada kapal penggerudi bantuan tender penggerudian. Beliau meletak jawatan pada tahun 1989 untuk mencari peluang perniagaan di Kuala Lumpur. Dengan melabur dalam Tongkah Holdings Berhad ( disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur ketika itu) , dia memulakan langkah baru dalam pembuatan komponen , sektor penjagaan kesihatan minyak dan gas , kewangan dan . Beliau memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pantai Holdings Berhad ( penjagaan kesihatan) dan Ketua Kumpulan Eksekutif Tongkah Holdings Berhad (minyak dan gas , kewangan ). Latihan penjualan pada tahun 2001 melihat dia melepaskan semua jawatan dan ekuiti dalam syarikat-syarikat ini . Dia mendirikan Kencana Capital Sdn Bhd (” Kencana Capital “) sebagai sebuah syarikat pegangan pelaburan pada tahun yang sama.
Kesimpulannya,dalam mencipta nama sebagai seorang usahawan yang Berjaya kita seharusnya memiliki sifat-sifat yang akan menjadi penggerak kepada diri untuk mencapai tahap itu.Sifat ingin tahu dan ingin mempelajari sesuatu yang baru amatlah penting dalam membawa seseorang usahawan itu dari tangga bawah hinggalah ke takuk yang paling tinggi.Salah satu kata-kata yang selalu menjadi pegangan kepada tokoh usahawan ini ialah ‘jika anda malas mengambil tahu,maka anda akan ketinggalan dan tidak akan pernah maju’.Tan Sri Mokhzani merupakan individu yang wajar dijadikan ikon oleh anak muda yang ingin memulakan perniagaan serta berazam untuk menjadi seorang usahawan yang mampu menempa nama di peringkat antarabangsa.
2. Tan Sri Tony Fernades
MUNGKIN ramai yang tidak menyedari bahawa seorang ahli muzik yang pernah mengetuai syarikat rakaman Warner Music (M) Sdn. Bhd., Tony Fernandes kini merupakan seorang tokoh korporat tanah air yang disegani kerana kejayaannya mencetus revolusi dalam industri perniagaan penerbangan rantau Asia.
Bagaimanapun, kejayaan yang dibinanya sejak enam tahun lalu itu, bukannya datang bergolek, kerana Fernandes, yang mahir bermain keyboard itu, terpaksa melalui ‘ranjau dan duri’, sebelum berjaya membina firma penerbangan tambang murah AirAsia Bhd. sehingga dikenali di peringkat antarabangsa pada masa ini.
Kejayaannya itu juga telah mengheret beliau ke dalam kancah kontroversi termasuk dikaitkan dengan Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, tokoh korporat T. Ananda Krishnan (seorang hartawan), Tan Sri Vincent Tan (tokoh korporat), Datuk Mokhzani (anak Tun Dr. Mahathir Mohamad) dan beberapa orang lain, tetapi Fernandes mengambil sikap ‘membisu’ kerana tidak mahu kontroversi itu merebak menjadi isu.
Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia itu ketika menceritakan detik permulaan beliau menceburi industri penerbangan berkata: “Saya sudah lama bercita-cita ingin menceburi perniagaan secara serius, tetapi tidak tahu perniagaan apa yang ingin dijalankan.”
Fernandes berkata, idea untuk menubuhkan syarikat penerbangan datang secara spontan semasa beliau berada di London, ketika menonton televisyen.

Saya tertarik melihat iklan sebuah syarikat penerbangan tambang murah, Easyjet. Kemudian saya bergegas ke Lapangan Terbang Luton (di London) dan menghabiskan masa selama dua hari di sana.
“Saya tertarik dengan konsep perniagaan itu dan bercadang untuk memperkenalkan perkhidmatan itu di Malaysia dan menyimpan impian untuk mengembangkan konsep itu di rantau Asia,” katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur, Sabtu lalu.
Katanya, setelah kembali ke Malaysia, beliau telah menyatakan hasratnya itu untuk menubuhkan syarikat penerbangan kepada kawan rapatnya (Datuk) Kamarudin Meranum yang merupakan bekas kakitangan sebuah bank pelaburan dan kini menjadi Pengarah Eksekutif AirAsia.
“Saya mengenali Kamarudin menerusi Sheila Majid (Ratu Jazz Malaysia) dan selain itu, Kamarudin juga merupakan kawan rapat kepada Roslan Aziz (penerbit muzik).
“Saya menyatakan hasrat saya untuk menjadi usahawan dan menubuhkan syarikat penerbangan kepada Kamarudin.
“Setelah mendengar penjelasan saya itu, Kamarudin bersetuju untuk bersama dan kami kemudian mengeluarkan wang simpanan masing-masing dan berjaya mengumpulkan sebanyak RM1 juta sebagai modal permulaan,” katanya.
Fernandes berkata, beliau masih ingat lagi tarikh keramat itu ialah pada Mei 2001.
Beliau dan Kamarudin menjemput seorang lagi rakan baik mereka dalam industri muzik tanah air iaitu Aziz Bakar untuk menyertainya.
“Kami kemudian menemui Datuk Pahamin Ab. Rajab, untuk meminta bantuannya bagi mendapatkan lesen penerbangan.
“Kami meminta bantuan Pahamin kerana beliau sebelum itu banyak membantu industri muzik dalam memerangi cetak rompak semasa menjadi Ketua Setiausaha di Kementerian Perdagangan Hal Ehwal Dalam Negeri,” katanya.
Menurut Fernandes, Pahamin kemudian mengatur temu janji bagi pihak kami dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang ketika itu menjadi Perdana Menteri.
“Dalam pertemuan itu, Tun Mahathir telah memaklumkan bahawa lesen syarikat penerbangan tidak lagi dikeluarkan dan jika kami berminat, kami diminta mengambil alih mana-mana syarikat penerbangan yang ada ketika itu.
Gandingan dua usahawan hebat Tony Fernandes dan Kamrudin Meranun
“Pahaminlah yang telah menukar impian kami menjadi kenyataan,” katanya.
Atas jasanya (Pahamin) itu, Fernandes berkata, beliau telah mempelawa Pahamin menjadi rakan kongsi. Fernandes dan rakan-rakan kongsinya itu kemudian mengambil alih syarikat penerbangan AirAsia Sdn. Bhd. daripada DRB-Hicom Bhd. menerusi Tune Air Sdn. Bhd., pada 8 September 2001 untuk diterapkan konsep tambang murah.
Ketika mengambil alih Tune Air, mereka juga terpaksa mengambil alih hutang tertunggak syarikat tersebut dengan Malaysia Airlines Bhd., Malaysia Airport Holdings Bhd. dan Petronas yang berjumlah RM20 juta, katanya.
“Selepas mengambil alih AirAsia, kami diberi tempoh selama enam bulan untuk melunaskan kesemua hutang yang tertunggak itu.
“Kami telah berbincang bagi mencari jalan bagaimana untuk menjelaskan hutang tersebut kerana kami tidak mempunyai modal yang mencukupi,” katanya.
Penyelamat
Menurut Fernandes, penyelamat mereka ketika itu adalah kontrak AirAsia dengan Tabung Haji yang diwarisi daripada DRB-Hicom, yang menjana keuntungan kepada AirAsia.
Beliau berkata, keuntungan daripada kontrak AirAsia itu telah digunakan untuk membayar balik hutang tersebut.
“Kontrak penerbangan jemaah haji yang berbaki dua tahun ketika kami mengambil alih AirAsia telah menjadi penyelamat, kalau tiada kontrak itu, tak tahulah apa yang mungkin berlaku pada kami ketika itu.
“Kami juga telah meminta seorang lagi rakan kami iaitu, bekas pemain gitar base kumpulan Discovery (Datuk) Nasser Abdul Kassim yang pernah bermain bersama Fauzi Marzuki dan Goh Boon Hoe untuk menguruskan kontrak tersebut,’’ katanya.
Nasser kini merupakan Pengarah Rantau Kargo AirAsia, tambah beliau.
Nasser berjaya melaksanakan tugasnya dengan cemerlang, namun begitu kontrak tersebut tidak dilanjutkan kerana kerajaan memberikan kontrak itu semula kepada MAS, katanya.
“Kami di AirAsia memang suka berkawan dan kami melantik kawan-kawan daripada pelbagai latar belakang dan keturunan untuk menjadi rakan kongsi kami. Ternyata formula ini telah membuahkan kejayaan kepada AirAsia,” katanya.
Fernandes berkata, kejayaan AirAsia bukan sahaja merupakan manifestasi kejayaan negara tetapi merupakan simbol kejayaan masyarakat majmuk dalam menguruskan sebuah syarikat perniagaan.
Ketika menceritakan lebih lanjut perkembangan AirAsia, Fernandes berkata: “Baru-baru ini, kami telah melantik Mark Lankester (adik kepada pelakon Susan Lankester) sebagai Timbalan Ketua Eksekutif Tune Hotels.Com; Datuk Seri Kalimullah Hassan sebagai Pengerusi AirAsia X; Tengku Zafrul Aziz (bekas Ketua Avenue Securities Sdn. Bhd.) sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Tune Money Sdn. Bhd. dan penyanyi rock, Jason Lo sebagai Ketua Eksekutif Tune Talk Sdn. Bhd.”
Fernandes berkata, beliau mengenali Kalimullah semasa makan di sebuah restoran.
Tune Hotel lambang kejayaan usahawan Malaysia
Beliau berkata, kesemua mereka itu adalah rakan-rakan rapatnya dan langkah melantik mereka ke dalam syarikat adalah bertujuan mengembangkan AirAsia.
“Saya sedar, kejayaan besar saya dalam tempoh yang singkat itu telah menimbulkan pelbagai tuduhan kononnya syarikat kami dimiliki oleh Ananda Krishnan, Vincent Tan, Mokhzani, Khairy dan beberapa orang lain.
“Malah ada yang mendakwa nombor pendaftaran pada pesawat kami bermula dengan ‘AK’ membawa maksud Ananda Krishnan. Sebenarnya nombor itu telah lama ada pada pesawat kami dan kami warisi nombor itu daripada syarikat induk terdahulu iaitu DRB-Hicom Bhd.,” katanya.
Sambil menafikan semua desas-desus itu, Fernandes berkata, kejayaan syarikat tersebut adalah hasil kerja keras seluruh warga kerja AirAsia yang terdiri daripada berbilang kaum, yang bertungkus-lumus membawa AirAsia ke puncak kejayaannya sekarang.
Mengenai hubungannya dengan Khairy, Fernandes berkata, beliau mengenali Khairy semasa Naib Ketua Pemuda UMNO itu memperkenalkan program pasukan bola sepak berkonsep realiti, MyTeam pada tahun 2006.
“Saya tertarik dengan konsep itu kerana merasakan ia berpotensi untuk diketengahkan dan kemudian bersetuju menaja pasukan tersebut, tidak lebih daripada itu,” katanya.
Fernandes juga bangga kerana kejayaan AirAsia adalah atas sikap berdikari dan tidak bergantung kepada subsidi kerajaan.
Katanya, tiada yang istimewa dalam AirAsia, sesiapa sahaja mampu melakukannya, jika ada tekad dan azam yang kuat, di samping sikap tidak mahu mengalah.
Dalam tempoh enam tahun sejak penubuhannya, kakitangan AirAsia kini meningkat daripada 200 orang kepada 5,000 orang dengan pesawat meningkat kepada 65 buah berbanding dua buah pesawat pada permulaan dan jumlah penumpang daripada 200,000 setahun kepada 18 juta setahun.
Kini Fernandes dan rakan-rakan daripada semua kaum membuktikan syarikat Malaysia mampu bersaing di pentas global dan mengubah landskap industri penerbangan negara selaras dengan label syarikat itu, ‘Now Everyone Can Fly’.

3. Datuk Seri Dr. Hajjah Hasmizah Othman (Datuk Seri Vida)
Beliau berasal dari Machang, Kelantan mempunyai kelulusan Ijazah Pendidikan (Kesusasteraan Melayu & Sejarah), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Biologi, Universiti Monash pernah menjadi guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Pooi Lam selama 12 tahun di Ipoh, Perak dan menjadi tenaga pengajar di Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan.
Antara produk popular keluaran syarikat Datuk Seri Vida ialah Pamoga, Qu Puteh Million Cell/Qu Puteh Collagen Drink, Qu Puteh Kosmetik, Millennia.
Pada usia 9 tahun, beliau telah menjadi anak yatim apabila ayahnya meninggal dunia. Beliau minat berbisnes seawal usia 12 tahun sehingga melanjutkan pelajaran ke universiti. Semasa Datuk Seri Vida melanjutkan pelajarannya di USM, ibunya terpaksa menjual sebidang tanah dengan harga RM13,000 bagi menyara kos pembelanjaan pelajarannya. Dan dipercayai tanah itu kini bernilai RM150,000.
Bagi menampung kehidupannya di universiti, Datuk Seri Vida tidak berdiam diri. Beliau pernah menjual nasi lemak orang lain dan mendapat untung 30 sen bagi setiap satu jualan yang berjaya dibuat olehnya. Beliau juga pernah menjual kain telekung, batik dan sebagainya kepada pensyarah dan kakitangan universiti.
Pada cuti semester universiti pula, Datuk Seri Vida pernah bekerja kilang, menjual pokok bongsai dan kerja sambilan di restoran segera KFC.
Di dalam perniagaan, Datuk Seri Vida pernah mengalamai kerugian besar apabila produknya tidak mendapat sambutan. Dan dugaan besar di dalam kehidupannya, Datuk Seri Vida kehilangan 2 orang anak lelakinya di dalam insiden kebakaran di rumah pekerja syarikatnya.
4.Faridah Zakaria
Tudung Fareeda mencetuskan fenomena apabila peminat-peminatnya sanggup bermalam dan beratur di depan kedai semata-mata untuk membeli design terbaru. Antara produknya yang terkenal ialah Fareeda Sabreena, Fareeda Suraiya, Fareeda Suzana, Fareeda Aisya, Fareeda Mariya, Fareeda Nour Sara, dan Fareeda Nour Sofea.
Pengasas Fareeda ialah Puan Faridah Zakarian yang berasal dari Pulau Pinang. Beliau merupakan seorang suri rumah yang mula berniaga secara kecil-kecilan dengan membuat dan menjual pakaian dan langsir untuk mengurangkan beban kewangan suaminya.
Puan Faridah mula membuat tudung sendiri apabila dia tidak menjumpai tudung yang disukainya. Selepas tudungnya siap, ia telah menarik minat saudara-maranya dan rakan-rakan yang menyatakan berminat untuk membeli tudung tersebut.
Setelah itu, beliau memulakan bisnes ini dengan 2 buah mesin jahit untuk menjahit tudung sahaja. Beliau pernah tertidur di mesin jahit semata-mata ingin menyiapkan tudungnya. Mawar Abdul Karim, anak sulung Puan Fareeda turut membantunya sejak awal dengan melakukan kerja-kerja mengukur, menggunting dan menjahit kain.
Mawar Abdul Karim yang turut menajadi model dan duta rasmi Fareeda merupakan isteri kepada pelakon dan usahawan, Fizo Omar.
Comments
Post a Comment