Pemasaran Online

Terdapat pelbagai platform yang boleh kita gunakan untuk mengiklankan produk kita melalui online... Contohnya melalui FB Ads, WhatsApp, Blog dan sebagainya..

Hari ini saya ingin tunjukkan beberapa langkah untuk mengiklankan produk atau perkhidmatan anda melalui FB Ads...




Langkah #1 – Klik Butang ‘Create Advert’

Anda boleh akses ke butang ini melalui link dibawah:
Butangnya terletak di bahagian atas kanan di laman diatas, contoh seperti gambar dibawah:


Langkah #2 – Pilih Objektif Pengiklanan Anda

Sama seperti apa juga kempen pemasaran & pengiklanan, semuanya bermula dengan objektif atau tujuan kenapa anda nak lancarkan sesuatu iklantersebut.
Anda nak jualan (sale)? Nak dapatkan leads (prospek)? Atau cuma nak tingkatkan jenama produk anda (branding)?
Setiap obektif inilah yang akan menentukan dimana jenis ‘Objective’ yang anda akan pilih dalam langkah ini:


Untuk meringkaskan tutorial ini (untuk memudahkan pemahaman anda), kami memilih objektif yang pertama yakni ‘Send people to your website’ & setelah memilih objektif ini, anda akan lihat laman seperti dibawah:

Langkah #3 – Masukkan Maklumat Yang Diminta

Jadi selepas anda pilih objektif, langkah seterusnya adalah memasukkan maklumat sepeti yang diminta, dan dalam contoh kami, ianya adalah link URL yang akan dilihat oleh prospek setelah mereka klik iklan kami nanti.
Seperti yang kami terangkan sebelum ini, kami memilih untuk membuat promosi untuk produk video percuma SEO dan link URL kami masukkan ke bahagian yang diminta, seperti dibawah:

Langkah #4 – Tentukan Target Audiens Anda

Target audiens adalah mereka yang anda mahu iklan anda dilihat. Untuk menentukan target audiens ini, ada beberapa ‘filter’ asas yang anda boleh guna seperti:
1. Lokasi prospek;
2. Umur;
3. Jantina;
4. Bahasa;
Anda boleh tentukan ‘filter’ seperti dalam imej dibawah:

Langkah #5 – Tentukan Bajet & Jadual Iklan Anda

Setelah puas hati dengan target audiens yang anda telah tetapkan dalam langkah sebelum ini, seterusnya adalah menentukan bajet iklan anda.

Anda boleh pilih bajet harian (daily) atau ‘lifetime’. Mana satu pilihan bajet, semuanya bergantung kepada anda.
Pilih bajet harian seandainya anda masih belum buat keputusan berapa banyak bajet iklan yang anda mahu belanjakan & hanya mahu melakukan ‘testing’ terlebih dahulu.
Bajet lifetime lebih sesuai untuk anda yang sudah ada nilai berapa yang anda mahu laburkan untuk kempen pengiklanan ini.
Seterusnya tentukan jadual (schedule) iklan anda. Jika anda memilih daily budget, anda mempunyai pilihan samada boleh membiarkan iklan anda disiarkan tanpa tarikh tamat (end date) atau tidak. Namun jika anda pilih lifetime, anda wajib untuk tentukan ‘end date’ iklan anda.
Dalam contoh ini, kami pilih untuk menggunakan daily budget dengan jumlah sebanyak RM15 tanpa sebarang tarikh tamat iklan.

Langkah #6 – Pilih Imej Iklan Anda

Salah satu perkara yang menarik mengenai Facebook ads adalah anda boleh menggunakan imej sebagai faktor ‘penarik’ terhadap iklan yang anda siarkan.
Juga amat penting untuk anda tahu bahawa pemilihan imej ini sangat-sangat penting dan ia boleh menjadi sebab utama iklan anda mampu mendapat respon yang baik atau sebaliknya.
Kami takkan sentuh dengan mendalam bagaimana untuk memilih imej yang betul (simpan untuk artikel yang seterusnya), namun ada beberapa tip berdasarkan pengalaman kami sendiri:
1. Elakkan imej yang mempunyai terlalu banyak ruang kosong (blank space);
2. Jangan masukkan terlalu banyak teks di dalam imej (teks boleh diletakkan di dalam bahagian ‘Text’ iklan;
3. Gunakan imej-imej yang menunjukkan nilai-nilai positif (wajah tersenyum, bayi)
4. Pastikan imej adalah hakmilik anda & bukannya diambil dari mana-mana sumber ‘copyright’.
5. Pastikan imej anda relevan dengan iklan anda (yang ini paling penting!)
Jadi, setelah mengikut tip diatas, anda boleh tentukan imej seterusnya memuat naik ke bahagian dibawah:

Langkah #7 – Tulis Iklan Anda

Imej dah pilih, jadi langkah seterusnya adalah menulis iklan. Dalam iklan ini, anda akan diberikan dua bahagian wajib untuk anda masukkan dalam iklan anda, iaitu tajuk (Headline) & penerangan iklan (Text):
Apa yang anda perlu tahu adalah bagi kedua-dua bahagian ini ada ‘character limit’ yang telah ditetapkan Facebook. Jumlah karakter maksimum bagi headline adalah 25 (sama seperti headline di AdWords) & text adalah 90.
Jadi disinilah anda perlu gunakan ‘jus kreatif’ anda sebanyak yang boleh untuk menulis iklan yang betul-betul mampu menarik perhatian audiens target anda sekaligus klik iklan anda.
Setelah iklan ditulis, anda boleh melihat ‘preview’ dibahagian kanan seperti dibawah:

Juga di bahagian kanan ini anda boleh pilih samada untuk siarkan iklan di:
1. Desktop news feed;
2. Mobile news feed;
3. Right column (belah kanan Facebook);
4. Partner Mobile Apps.
Terpulang kepada anda samada untuk siarkan iklan di kesemua pilihan diatas ataupun salah satu sahaja. Untuk iklan ini kami pilih ianya disiarkan di desktop news feed dan mobile newsfeed sahaja. Jadi kami klik ‘Remove’ kepada opsyen Right column & Partner mobile apps:

Langkah #8 – Klik Butang Order & Tunggu Hingga Iklan Anda Di-Review & Siap!

Langkah terakhir adalah klik butang hijau sepeti contoh dibawah:
Dan siap! Anda akan melihat popup seperti ini dan klik Continue:

Langkah seterusnya adalah tunggu sehingga iklan anda mendapat ‘approval’ daripada Facebook. Setelah di-approve, Facebook akan mula menyiarkan iklan kepada target prospek yang telah anda tetapkan dalam langkah #4 sebelum ini.

Dan pada kebiasaanya ia akan mengambil masa sehingga beberapa jam untuk anda mula melihat statistik iklan anda.
Haa senang kan? Jadi selamat mencuba....

Credit to : http://www.prospekdigital.com

Comments

Popular Posts