Cara Memilih Warna Tudung Yang Sesuai
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Hari ini saya akan kongsikan beberapa tips untuk memilih warna tudung yang sesuai.....
Berhijab bukan bermaksud kita tidak boleh tampil bergaya. Contohnya Fifi Alvianto, Neelofa dan ramai lagi hijabers sering tampil bergaya dan elegan dalam setiap masa. Wanita bertudung kini lebih berani memilih pelbagai fabrik dan jenis tudung untuk digayakan dalam apa jua keadaan. Terdapat beberapa tips yang sesuai untuk memilih warna tudung yang sesuai :
1. Kenali sama ada anda Warm Color atau Cold Color atau kedua-duanya.
Sebenarnya ada banyak cara nak tahu kita ini Warm atau Cold, tapi cara paling senang dengan tengok urat dekat pergelangan tangan.
Ada 3 kemungkinan
- urat nampak kehijauan ; Warm Color
- urat nampak kebiruan : Cold Color
- urat nampak sama banyak biru & hijau : kedua-duanya ( Warm & Cold )
Okay dah tahu anda Warm atau Cold? Jom tengok color apa yang sesuai pakai.
2. Dark Skin vs Fair Skin vs Medium Skin
Kalau kulit anda jenis gelap ala-ala Dayang Nurfaizah, Beyonce atau Nurul, elakkan warna tudung yang shocking. Contohnya shocking pink, lightning blue, kuning terang, merah terang atau apa-apa yang terang la. Color terang macam ni akan buat muka kita tak naik seri & nampak dull.. Warna yang terlalu cerah pucat pun tak boleh jugak. Contohnya warna pastel sebab ia akan menampakkan muka kita pucat macam tak sihat. Untuk kulit gelap boleh cuba Warm Color yang lembut macam coral & mustard.
Untuk kulit cerah & medium pula, tak semestinya semua color akan nampak cantik bila pakai. Kena tengok pada base skin color sama ada 'pinkish' atau 'yellowish'. Kalau jenis 'pinkish', anda lebih sesuai Cold Color. Kalau 'yellowish', Warm Color nampak lebih menarik.
3. Corak
Tudung plain adalah warna yang paling senang nak digayakan sebab kalau baju tu dah bercorak tak kan kita nak pakai tudung corak lagi kan? Nanti nampak crowded. Kalau baju tu plain, pakai tudung plain warna yang berlainan dengan warna baju.
Kalau muka kecil, elakkan pakai tudung yang bercorak penuh sebab ia akan nampak tak seimbang. Tapi kalau muka tembam atau lebar, memang cantik pakai yang bercorak penuh.
Bunga kecil dengan bunga besar pula kita tengok dari sudut kematangan. Biasanya kalau bunga besar akan nampak kita lebih matang berbanding dengan bunga kecil.
4. Jenis Tudung
Sekarang ni terlalu banyak fesyen tudung. Ada tudung instant, bawal, cotton, chiffon, lycra, dan banyak lagi la.. Jadi, cari la tudung yang mudah dibentuk, tak menyusahkan dan sesuai dengan kita.
Jadi saya harap entry ni dapat membantu anda serba sedikit untuk memiilih tudung yang sesuai.
Sekian, Terima kasih :D
credit to : Mira Ixora
MGM National Harbor Casino Hotel - Mapyro
ReplyDeleteFind MGM 군포 출장안마 National Harbor Casino 속초 출장안마 Hotel, Treasure 보령 출장샵 Island, FL, revenue, 군포 출장샵 industry 포천 출장마사지 and